Kehilangan...

Sepanjang waktu blog bersawang, si kecik ni telah singgah menumpang sayang... sekitar awal bulan Julai dia datang yang entah dari mana.. tau2 dia slalu buat bising kat luar cage anak2 bulus sedia ada.. dh bagi mkn pon masih mengiau bising... kuat semacam volume dia sampai anak2 bulus lain tak boleh tido.. 





comot dan kurus je... tapi akhirnya mummy kesian & tak sampai hati... mummy bersihkan idung & mata yg comot... bawak masuk dalam rumah dan cantik je parking atas kerusi ni...


comot & comel... mata yang bulat & besar buat mummy tak tahan tengok... 




mula2 susah jugak yg lain2 nak terima tapi lepas dua tiga hari dah boleh main tido dan makan bersama2... dan mummy pon jatuh sayang pada budak tecik ni... lebih2 lagi bila tgk keletah dia yg comel.. suka buli tetam... Acik Puteh bagi nama K-not pada budak momot ni

Cepat jugak dia ni membesar.. mana taknyer.. tiap kali mummy tuang kibbles dia la yg pertama terpa kat mangkuk tu.. peyot pon dan semakin moncet...

 bila dah kenyang apa lagi.. golek2 & tido2... 

hujung bulan Julai mummy bawak K-not jumpa vet.. vet cuma bagi ubat cacing dan ubat kutu. Vet tak boleh vaksinkan terus sbb mata K-not masih berair...

Tapi hujung Ogos K-not mula bersin2... Cik Puteh banyak kali ingatkan mummy utk bawak K-not jumpa vet takut jangkit pada yg lain tapi mummy sibuk.. sampai la Yen pon selsema.. 




Masa ni K-not dah mula tak sihat...

27 Ogos...
Mummy bawak Yen & K-not jumpa vet. Doktor bagi ubat selsema untuk kedua2nya

tak apa la asalkan anak2 mummy sihat semula... 
28 Ogos...
Mummy paksa K-not makan ubat walaupun seksa ya amat.. tapi dgn Yen mummy surrender.. susah sgt2..  mummy biar Yen & K-not tido dlm rumah.. 

29 Ogos... K-not tak nak makan tak nak minum.. K-not tak aktif mcm selalu.. Mummy tak syak apa2... cuma mummy perasan sesekali K-not mcm tersedu... 

Mummy sempat ambik gambar ni pada jam 10 mlm... 

K-not tido dgn mulut agak terbuka.. agaknya susah nak nafas sbb selsema.. sblm tido mummy lap hidung dan mata K-not... masa ni badan K-not dah kurus.. peyot K-not tak muncit mcm selalu...

30 Ogos... Jumaat... Mummy pegi keje mcm biasa tapi ptg tu mummy balik agak lewat.. singgah pasaraya beli groceries sbb esok cuti...

Hampir maghrib mummy sampai rumah... mcm biasa Cik Puteh bukak pintu.. jenguk sangkar anak2.. tiba2 dengar teriakan Cik Puteh... "K-not dah mati!"... rasa terhenti sekejap degupan jantung mummy... mummy harap sgt semua tu tak betul... mummy cuba bertenang... mummy bukak sangkar... sentuh badan K-not harap2 badan K-not masih panas... ya Allah... jasad K-not dah kaku.. Cik Puteh dah mula menangis tapi mummy cuba bertahan... waktu ni azan maghrib berkumandang... mummy tak boleh describe mcm mana perasaan mummy masa ni... tak percaya yg K-not dah tak ada...
Selesai maghrib mummy keluarkan jasad kaku K-not dari dlm sangkar.. mummy balut jasad K-not dgn tuala.. balut dengan surat khabar.. 

Untuk kali terakhir mummy pandang muka K-not... muka K-not bersih mcm mummy tinggalkan pagi tadi... mummy peluk jasad kaku K-not.. mummy sendiri gali lubang tepi pagar depan rumah untuk semadikan K-not... 

Tak sangka.. Allah cuma pinjamkan K-Not sekejap pada mummy.. mummy mintak maaf tak jaga K-not elok2 walaupun mummy syg K-not sgt2... waktu mummy tulis entry ni mata mummy mmg basah... dan budak2 kenit ni seakan tahu kesedihan mummy


Airmata mummy mengalir setiap kali teringat keletah K-not... dan sehingga saat ini mummy rindu K-not sgt2... hanya yang pernah kehilangan akan tahu dan faham apa yg mummy alami... apa2 pun terima kasih sayang pernah bahagiakan mummy... 


RIP K-not sayang... 
7 Julai 2013 - 30 Ogos 2013






Comments

  1. assalammualaikum.
    percaya atau tidak, saya menitiskan airmata membaca entry ini.Sekali menyayangi teruslah menyayangi.Tahniah kerana berkorban wang ringgit dan tenaga utk.haiwan yg.disayangi Rasulullah ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tetam Teh Ontel

Ramadhan datang lagi..

Blog bersawang..dan cerita sedih