Manja yg tak manja

Hari minggu.. semua org pegi bercuti atau berjln2 sempena cuti sekolah.. tapi kita setia duduk di rumah.. kesian mengenangkan anak2 bulus ni.. masa cuti2 beginilah dia org bebas berlari dlm rumah... tengok la si teh ni.. lately sibuk nk duduk atas riba.. bersungguh2 parking..
kat atas ni gambar hari Sabtu petang... sampai tertidur atas riba.. lenguh kaki mummy tapi kesian nk alihkan  
yang ni pulak baru kejap tadi.. tapi tak sempat nk tidur mummy dh bangun hahaha

anak2 bulus ni mmg manja tapi bila main kadang2 terover.. kaki & tangan mummy calar sana sini

sempena cuti bawak la anak bulus tecik tiga beradik g vet kt Serdang...huhuhu jauh tu tapi dh biasa dgn vet ni.. redah je la kan... si bubu baru 1st time vaksin, mat yen & yen (yoyo) 2nd time.. 

bulan lepas berat bubu 0.5++ kg je, hari ni dah 0.92 kg.. kuat makan tapi badan tetap kering

mat yen (kiri) bulan lepas 0.98 kg.. hari ni dah 1.76.. mat yen mmg boroi.. yen (yoyo) pulak dari 1.10 naik 1.44 kg..

tengok, tinggi tak maintenance anak2 bulus ni
hahaha apa2 pun sentiasa berfikiran positif.. semua ni mmg rezeki anak2 bulus.. mudah2an Allah beri lebih rezeki lagi utk mummy... mummy luv u anak2 bulus


Comments

  1. kagum dengan ketabahan mummy tetam jaga bubu yang ada masalah kesihatan dari kudut sampai dah comel dan sihat tu. Semoga Allah memberi ganjaran yang tak terhingga walau apa jua caranya atas balasan berkongsi rezeki ngn anak2 bulus ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tetam Teh Ontel

Smoke & Topeng.. Over & Patah

Anak bulus lagi...