Anak bulus...
Segalanya bermula bilamana rumah kami sering didatangi oleh
si gemuk ni…
Ini adalah kucing dari kejiranan kami… tak tahu siapa yang
punya tapi kami dah jatuh cinta bila tiap hari dia datang menyerah diri untuk
kami belai bulunya yang gebu… kadang2 terover la pulak… sampai kena buli… adalah
dalam sebulan tapi lepas tu dia menghilangkan diri
Dan tak lama lepas tu muncul lagi wajah dan gaya yg seiras..
bezanya kali in ekornya agak berpintal dan ada tanda comot di hidungnya… memula
datang agak takut2… tapi lama2 bila kami selalu hulur makanan dia semakin
manja… dah mula masuk dan golek2 dalam rumah kami… yang bestnya selalu masuk
toilet cari air untuk diminum… dan yang paling best, dia boleh cam kereta kami…
tiap kali balik kerja dia akan berlari menunggu kami depan pintu sebaik sahaja
nampak kereta kami lalu… mengiau tak sabar2 mintak kami bukak pintu… bila dah
masuk, makan dan main2. Si momok (gelaran yang kami beri) akan lepak2 dulu…
menjelang waktu isya’ dia akan mintak izin balik ke rumah tuannya.. siapa
tuannya kami pun tak kenal… sehinggalah satu hari momok datang dalam keadaan tak
selesa.. kami hulur makanan seperti biasa tapi momok tak nak makan.. masuk ke
bilik air, kami sangkakan momok nak minum..
momok duduk lama dalam bilik air… rupa2nya momok dalam kesakitan.. ada
masalah pada tempat buang najisnya.. masa tu kami tak kenal dan tak tahu apa2
tentang vet.. so mlm tu kami selimutkan momok tapi dek kerana kami tak biasa
biarkankucing bermalam di rumah, kami mintak momok keluar balik ke rumah
tuannya… sayu je muka momok… (mata dah mula berair ni)… rupanya itulah kali
terakhir kami dapat jumpa momok… RIP ye momok...
Ohhhh begitu mulanya citernya..RIP MOMOK
ReplyDelete